Wednesday, July 13, 2016

SAMBUTAN HARI RAYA KOKURIKULUM SKTM 2

Tahniah diucapkan kepada persatuan dan kelab yang bernaung dibawah unit kokurikulum kerana berjaya menyahut cabaran pihak pentadbir bagi merancang dan menjayakan sambutan pada tahun ini.

Semoga pendedahan berharga kepada semua ahli kelab dan persatuan dalam merancang dan menjayakan sesuatu majlis menjadi pengalaman yang berharga.

Wednesday, June 29, 2016

PROGRAM SIFIR RIA

Pada 30 JUN 2016, pihak sekolah telah menjalankan satu program ringkas berkaitan matematik yang dinamakan Sifir Ria. Program ini dibuat di foyer selepas perhimpunan pagi dan melibatkan murid - murid dari tahun 2 hingga tahun 6 serta semua murid pendidikan khas dan integgrasi.

dalam program yang serba ringkas ini, murid diajar menguasai sifir dengan menggunakan teknik baru...iaitu hanya menggunakan tangan dan jari.

Murid - murid berasa teruja yang menunjukkan minat yang mendalam sepanjang demo dan penyampaian yang diberikan.

Alhamdulillah..satu lagi usaha pihak sekolah dalam meningkatkan kefahaman anak - anak SKTM 2 ke arah kecemerlangan.


Admin AioL

Monday, June 27, 2016

SURAT MAKLUMAN TERKINI 28/06/16

Makluman berkaitan cuti sempena raya, wewujudkan group whatsapp mengikut kelas serta surat makluman kelas tambahan tahun 6 dan jadual peperiksaan percubaan upsr.

Harap ia dapat membantu.

Thursday, June 23, 2016

HARI TERBUKA SKTM2

Hari Terbuka SKTM2 : 17/6/2016 - Perbincangan & tandatangan laporan akademik murid-murid, satu pembaharuan dilaksanakan yang mana diadakan di foyer sekolah, para ibubapa tidak perlu bersusah payah utk turun naik tangga ke kelas anak-anak. Syabas semua. Mohon maaf jika ada kekurangan terutama jumlah kerusi yang terhad. Bersama-sama berusaha demi kecemerlangan berterusan murid-murid SKTM2..

PERTANDINGAN TAEKWANDO TERBUKA KUALA LUMPUR 2016

Tahniah adik haziq haiqal dan kedua ibubapanya juga yg memberi sokongan dan berjaya mendapat tempat ketiga pertandingan taekwando kategori 7-9 tahun...tahniah sekali lagi....

SUMBANGAN PA SISTEM KEPADA PIBG SKTM2

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan peralatan P.A Sistem untuk kegunaan pihak sekolah. 
 
 



Tuesday, June 21, 2016

PERSEDIAAN MENGHAMPIRI UPSR

Salam Sehati Sejiwa, Seiring Sejalan, Sepakat Muafakat tn/pn.
Sya kongsikan informasi jika sesuai ttg
 

Persediaan Beberapa Minggu Sebelum UPSR utk disampaikn kpd anak2 murid Tahun 6 sma ada semasa perh\impunan rasmi ataupun dlm kelas mereka mahupun di rumah spt berikut:-

1. PERSEDIAAN MENTAL
1.1 Elakkn melakukn perkara negatif
1.2 Beri keutamaan pelajaran
1.3 Berfikir positif bhw peperiksaan adalah satu proses yg mesti dilalui oleh setiap org

2. PERSEDIAAN KESIHATAN

2.1 Tidur mesti cukup
2.2 Jaga makanan yg seimbang
2.3 Elak makan makanan berlebihan yg memudaratkn kesihatan cth; mkn berlebihan makanan ringan, asam, pedas dsb

3. PERSEDIAAN ROHANI

3.1 Tidak tinggalkan solat/sembahyang
3.2 Doa yg berterusan di smping berusaha
3.3 Membaca Al-Quran
3.4 Bykkan berzikir dan Solawat
3.5 Solat Hajat
 

4. PERSEDIAAN EMOSI
 

4.1 Tenangkan jiwa
4.2 Elakkan brkonflik/bermasalah dgn rakan dn keluarga
4.3 Sentiasa senyum walaupun agak tertekan
4.4 Bersangka baik pd org lain
4.5 Maafkan kesilapan org lain
4.6 Luahkan masalah pd kedua org tua, rakan karib dn org yg dipercayai
 

5. PERSEDIAAN PERALATAN
 

5.1 Peralatan peperiksaan mesti cukup
5.2 Jadual peperiksaan sentiasa disemak
5.3 Pakaian sekolah lengkap
Moga tips ini boleh membntu konsentrasi calon2 UPSR kita tahun ini.


Sekian
Ibu bapa/penjaga pun boleh juga praktikkan  mana2 yg boleh di praktikal di rumah. Selebihnya di sekolah

Admin -AioL-