Tahniah diucapkan kepada persatuan dan kelab yang bernaung dibawah unit kokurikulum kerana berjaya menyahut cabaran pihak pentadbir bagi merancang dan menjayakan sambutan pada tahun ini.
Semoga pendedahan berharga kepada semua ahli kelab dan persatuan dalam merancang dan menjayakan sesuatu majlis menjadi pengalaman yang berharga.
Pada 30 JUN 2016, pihak sekolah telah menjalankan satu program ringkas berkaitan matematik yang dinamakan Sifir Ria. Program ini dibuat di foyer selepas perhimpunan pagi dan melibatkan murid - murid dari tahun 2 hingga tahun 6 serta semua murid pendidikan khas dan integgrasi.
dalam program yang serba ringkas ini, murid diajar menguasai sifir dengan menggunakan teknik baru...iaitu hanya menggunakan tangan dan jari.
Murid - murid berasa teruja yang menunjukkan minat yang mendalam sepanjang demo dan penyampaian yang diberikan.
Alhamdulillah..satu lagi usaha pihak sekolah dalam meningkatkan kefahaman anak - anak SKTM 2 ke arah kecemerlangan.
Makluman berkaitan cuti sempena raya, wewujudkan group whatsapp mengikut kelas serta surat makluman kelas tambahan tahun 6 dan jadual peperiksaan percubaan upsr.
Hari Terbuka SKTM2 : 17/6/2016 - Perbincangan & tandatangan laporan akademik murid-murid, satu pembaharuan dilaksanakan yang mana diadakan di foyer sekolah, para ibubapa tidak perlu bersusah payah utk turun naik tangga ke kelas anak-anak. Syabas semua. Mohon maaf jika ada kekurangan terutama jumlah kerusi yang terhad. Bersama-sama berusaha demi kecemerlangan berterusan murid-murid SKTM2..
Tahniah adik haziq haiqal dan kedua ibubapanya juga yg memberi sokongan dan berjaya mendapat tempat ketiga pertandingan taekwando kategori 7-9 tahun...tahniah sekali lagi....
Persediaan Beberapa Minggu Sebelum UPSR utk disampaikn kpd anak2 murid Tahun 6 sma ada semasa perh\impunan rasmi ataupun dlm kelas mereka mahupun di rumah spt berikut:-
1. PERSEDIAAN MENTAL
1.1 Elakkn melakukn perkara negatif
1.2 Beri keutamaan pelajaran
1.3 Berfikir positif bhw peperiksaan adalah satu proses yg mesti dilalui oleh setiap org
2. PERSEDIAAN KESIHATAN
2.1 Tidur mesti cukup
2.2 Jaga makanan yg seimbang
2.3 Elak makan makanan berlebihan yg memudaratkn kesihatan cth; mkn berlebihan makanan ringan, asam, pedas dsb
3. PERSEDIAAN ROHANI
3.1 Tidak tinggalkan solat/sembahyang
3.2 Doa yg berterusan di smping berusaha
3.3 Membaca Al-Quran
3.4 Bykkan berzikir dan Solawat
3.5 Solat Hajat
4. PERSEDIAAN EMOSI
4.1 Tenangkan jiwa
4.2 Elakkan brkonflik/bermasalah dgn rakan dn keluarga
4.3 Sentiasa senyum walaupun agak tertekan
4.4 Bersangka baik pd org lain
4.5 Maafkan kesilapan org lain
4.6 Luahkan masalah pd kedua org tua, rakan karib dn org yg dipercayai
5. PERSEDIAAN PERALATAN
5.1 Peralatan peperiksaan mesti cukup
5.2 Jadual peperiksaan sentiasa disemak
5.3 Pakaian sekolah lengkap
Moga tips ini boleh membntu konsentrasi calon2 UPSR kita tahun ini.
Sekian
Ibu bapa/penjaga pun boleh juga praktikkan mana2 yg boleh di praktikal di rumah. Selebihnya di sekolah
Majlis berbuka puasa atau iftar amat sinonim dengan bulan Ramadhan. Pada 23 JUN 2016 (KHAMIS) Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan Ibu bapa warga SKTM 2, telah menganjurkan satu majlis iftar Ramadhan. Majlis yang dijalankan di perkarangan kawasan sekolah juga berkesempatan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah disamping solat sunat Terawih dan solat sunat Hajat untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan mendatang.
Kepada sesiapa yang sudi menyumbang apa jua dalam menjayakan Majlis Diatas...Semoga ianya dapat membersihkan harta kita dan mendapat balasan pahala dan rezeki berlipat kali ganda....In Sha Allah majlis-majlis seperti ini akan diteruskan dan menjadi aktiviti tahunan pihak sekolah dan PIBG. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu untuk menjelaskan apakah yang difahamkan dengan ‘pendidikan luar’, beberapa definisi diturunkan di bawah. Tetapi harus diawasi bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar mengikut zaman dan wilayah.
Pendidikan luar merupakan …………“aplikasi pengalaman di alam luar untuk mendidik dan pembangunan ‘insan’.” (The Outdoor Institute)
Pendidikan luar ………. “menarik perhatian kepada penggunaan deria – audio, visual, rasa, sentuhan, dan bau - untuk pemerhatian dan pemahaman” (C.A.Lewis 1975, The Administration Of Outdoor Education Programs, Dubuque IA, Kendall-Hunt)
Pendidikan luar …… “menyentuhketiga-tiga domain pembelajaran yang terdiri daripada ‘pengetahuan, kemahiran, dan sikap’ (Phyllis Ford,1981, Principles dan Practices of Outdoor/Environmantal Education, New York, Wiley)
Pendidikan luar ialah ……… “satu perantaraan yang memberi peluang untuk pendidikan tak formal mengenai perkembangan kendiri dan sosial untuk individu dan masyarakat”(Outdoor Edinburgh)
Pendidikan luar ialah ...................... “pendidikan DALAM, UNTUK, dan MENGENAI alam luar” (Donaldson & Donaldson,1958, Outdoor Education : A definition , JOPER,29(17),63)
Pendidikan luar merupakan …………… “pendidikan ‘dalam’, ‘mengenai’ , dan ‘untuk’ alam sekitar. (Phyllis Ford, 1986)
Pendidikan luar ialan …….. sekumpulan Kecil manusia yang menyertai aktivitiaktiviti “adventure” yang terancang di dalam suasana semula jadi dan menjadikan diri sendiri sebagai sumber utama untuk menyelesaikan masalah. (Neill 2003)
Pendidikan luar ialah ………. “suatu perkara yang mempunyai perkaitan. Perkaitan tersebut mengenai bukan sahaja sumber semula jadi , tetapi juga manusia dan masyarakat”.(Simon Preist,1986, Redefining Outdoor Education, Journal of Environmental Education, 17 (3) 13) -Admin AioL-
Jadikanlah blog ni salah satu saluran perkongsian maklumat dan info dikalangan ibubapa & penjaga murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2. Demi kecemerlangan SKTM2 pada masa kini dan hadapan.
Terima kasih.