Majlis berbuka puasa atau iftar amat sinonim dengan bulan Ramadhan. Pada 23 JUN 2016 (KHAMIS) Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan Ibu bapa warga SKTM 2, telah menganjurkan satu majlis iftar Ramadhan. Majlis yang dijalankan di perkarangan kawasan sekolah juga berkesempatan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah disamping solat sunat Terawih dan solat sunat Hajat untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan mendatang.
Kepada sesiapa yang sudi menyumbang apa jua dalam menjayakan Majlis Diatas...Semoga ianya dapat membersihkan harta kita dan mendapat balasan pahala dan rezeki berlipat kali ganda....In Sha Allah majlis-majlis seperti ini akan diteruskan dan menjadi aktiviti tahunan pihak sekolah dan PIBG. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
-Admin AioL-






0 comments:
Post a Comment